206 Projek Naik Taraf, Bangun Semula Bangunan Daif Sekolah Seluruh Sarawak Siap Sepenuhnya

RABU, 17 OGOS 2022

KUALA LUMPUR: Sebanyak 206 projek menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah seluruh Sarawak telah siap sepenuhnya setakat 31 Julai 2022.

Menteri Kanan Pendidikan Malaysia Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin memberitahu, jumlah itu adalah daripada 361 projek yang telah diluluskan bagi tempoh 2016 sehingga 2022.

“Sebanyak 361 projek menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah seluruh Sarawak telah diluluskan bagi tempoh 2016 sehingga 2022 dengan kos projek sebanyak RM2.373 bilion,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahli Dewan Negara Senator Susan Chemerai Anding mengenai maklumat terkini berkenaan dengan status pembinaan sekolah-sekolah daif di Sarawak dalam Persidangan Dewan Negara pada Khamis lepas.

Datuk Dr. Mohd Radzi juga memberitahu, sebanyak 65 projek lagi berada di peringkat pembinaan dan sebanyak 90 projek di peringkat prabina.-EDISI UKAS

add comment