RABU, 17 OGOS 2022
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Bukit Mabong, Kapit dijangka siap pada 25 Februari 2024.
Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Wee Ka Siong memberitahu, kerja-kerja awal projek berkenaan telah dimulakan pada Februari 2021.
“Pembangunan projek lapangan terbang ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak yang telah dimulakan pada 26 Februari 2021,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahli Dewan negara Senator Datuk Paul Igai mengenai maklumat terkini berkenaan dengan status perancangan pembinaan Lapangan Terbang itu dalam Persidangan Dewan Negara pada Khamis lepas.
Datuk Seri Wee juga memaklumkan, Kementeriannya melalui surat bertarikh 1 November 2021 telah memaklumkan persetujuan untuk Kerajaan Sarawak menubuhkan sebuah padang terbang Short Take-Off and Landing airport (STOLport) di Bukit Mabong, Kapit. –EDISI UKAS