MBM Anjur Pertandingan Memancing Sempena Ulang Tahun Bandaraya Miri Ke-17

RABU, 17 OGOS 2022

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menganjurkan Pertandingan Memancing sempena Ulang Tahun Bandaraya Miri Ke-17 pada 18 September 2022 bertempat di Kolam MGP, Senadin, disini.

Timbalan Datuk Bandar Miri Julaihi Mohamad memberitahu, yuran penyertaan pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Penilaian dan Pencukaian MBM itu adalah RM70 bagi satu joran dan satu mata kail.

Beliau berkata, pembayar cukai pintu yang menyertai pertandingan ini layak menuntut bayaran balik sebanyak RM20 tertakluk kepada terma dan syarat.

“Pembayar cukai pintu yang menyertai pertandingan ini layak menuntut bayaran balik sebanyak RM20 tertakluk kepada terma dan syarat seperti tiada tunggakan cukai pintu, dan cukai pintu bagi tahun 2022 telah dibayar.

“Selain itu tuntutan bayaran balik ini tertakluk kepada satu joran untuk satu hartanah sahaja dan bayaran balik boleh dituntut dari 19 sehingga 23 September 2022 dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 petang dan 2:00 petang hingga 5:00 petang di Aras 7, Bangunan Dewan Bandaraya Miri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran pertandingan berkenaan di Dewan Bandaraya Miri pada Selasa.

Julaihi juga memaklumkan, syarat-syarat semasa pertandingan memancing adalah tertakluk kepada syarat pihak pengurus pertandingan, Kolam MGP Miri dan MGP Event Management.-EDISI UKAS

add comment