Datuk Amar Awang Tengah Terima Kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

KHAMIS, 18 OGOS 2022

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim Ali di pejabatnya di Wisma Sumber Alam, di sini pada Selasa. 

Dalam kunjungan lebih sejam itu, antara perkara yang dibincangkan kedua-dua pihak adalah berkenaan dengan pembangunan industri seperti peruntukkan untuk pembinaan taman perindustrian kepada Sarawak.

Selain itu, pertemuan tersebut juga membincangkan perancangan usahasama yang lebih untuk meningkatkan pelaburan ke Sarawak.

Turut sama hadir pada pertemuan itu adalah Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED Dzolkarnain Masron, Penasihat MINTRED Datuk Naroden Majais dan Setiausaha Tetap MUDERN Datu Zaidi Mahdi.-EDISI UKAS

add comment