Datuk Amar Awang Tengah Ketuai Delegasi Kerajaan Sarawak Kunjungi PM

JUMAAT, 19 OGOS 2022

PUTRAJAYA: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Perdana Putra di sini pada Khamis. 

Kunjungan tersebut bertujuan memberikan taklimat kepada Perdana Menteri berkenaan dengan Perniagaan Sarawak di ASEAN dalam Sektor Tenaga Diperbaharui.

Antara isu-isu yang dibincangkan ialah peranan Sarawak dalam memenuhi komitmen Malaysia dalam Perjanjian ASEAN Power Grid yang telah ditandatangani pada 2007.

Pertemuan tersebut juga turut menyaksikan pembentangan projek yang telah dirancang Kerajaan Sarawak dalam sektor tenaga bersama negara ASEAN seperti Singapura dan Indonesia.

Pada pertemuan itu, Datuk Amar Awang Tengah  turut memohon sokongan Perdana Menteri supaya projek-projek ini dapat dibawa ke perbincangan di peringkat antara kerajaan iaitu Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr Mohammed Abdullah Zaidel, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili, Penasihat MINTRED Dato Naroden Majais dan Timbalan Peguam Besar Negeri Sarawak Saferi Ali.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia