Kerajaan Sarawak Lulus Peruntukan RM79 Juta, Baik Pulih Benteng Penahan Hakisan Di Simunjan

SABTU, 20 OGOS 2022

SIMUNJAN: kerajaan sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM79 juta untuk membina benteng penahan hakisan di Simunjan

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, pembinaan benteng secara menyeluruh itu adalah susulan ia kerap roboh disebabkan hakisan tanah.

Sehubungan itu, katanya beliau telah meminta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membuat kajian supaya benteng tersebut tidak kembali roboh.

“Memandangkan benteng ini kerap kali roboh, jadi saya telah membuat kajian dan saya minta jurutera JPS untuk membuat kajian supaya ia tidak roboh lagi.

“Kita perlu buat secara menyeluruh untuk benteng di simunjan ini dan apabila buat secara menyeluruh bermakna peruntukkannya juga besar,”katanya semasa berucap dalam majlis perasmian Esplanade Simunjan pada Sabtu.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari juga menambah, projek berkenaan akan dilaksanakan dalam tiga fasa yang mana fasa pertama akan mula enam bulan daripada hari ini.

Justeru katanya, beliau sendiri akan turun padang bagi melihat sendiri status pelaksanaan projek berkenaan nanti.-EDISI UKAS

add comment