Kuching North Cat Show Berlangsung Meriah

SABTU, 20 OGOS 2022

KUCHING: Kuching North Cat Show anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah berlangsung dengan meriah di Mydin Petra Jaya di sini pada Sabtu.

Program berkenaan disempurnakan oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Penganjuran program bertujuan untuk menjadi platform mengeratkan silaturahim DBKU dan masyarakat sekaligus mewujudkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan kucing di Sarawak.

Selain itu, ia juga dapat menggalakkan masyarakat menyayangi dan memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan sekaligus memberi kesedaran dalam penjagaan dan pembelaan kucing.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan. -EDISI UKAS

add comment