3 Buah Klirieng Akan Dipindahkan Bagi Tujuan Pemuliharaan

AHAD, 20 OGOS 2022

TATAU: Jawatankuasa Pemulihan Warisan Tatau telah bersetuju untuk memindahkan tiga buah klirieng dari Sungai Penyarai ke pejabat Daerah Tatau bagi tujuan pemuliharaan. 

Pada Oktober tahun lalu, sebuah Klirieng telah ditemui di Sungai Penyarai oleh penduduk setempat.

Ekoran perkara tersebut, Jabatan Muzium Sarawak telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai usaha pemindahan Klirieng tersebut. 

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai yang turut menghadiri mesyuarat tersebut berkata, jika Klirieng ini dibiarkan di dalam sungai maka warisan ini akan hilang begitu sahaja.

“Usaha memindahkan dan menjaga Klirieng ini harus dilakukan,” katanya dalam mesyuarat yabg diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau pada Jumaat. 

Klirieng ini dikenali sebagai Klirieng Mesken mempunyai panjang 22 kaki, 10 inchi lebar dan 22 inchi diameter.

Selain itu, terdapat lagi sebuah Klirieng yang dijumpai kira-kira 10 meter dari Klirieng yang pertama dan mempunyai 18 kaki panjang dan 10 inchi lebar masih berada di sungai tersebut. 

Pada 24 September ini upacara permindahan Klirieng Mesken ke pejabat Daerah Tatau akan dilakukan melalui upacara adat masyarakat setempat.-EDISI UKAS 

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia