Ahli Cawangan, Wanita Dan Pemuda SUPP Adakan Program Lawatan

SELASA, 23 OGOS 2022.

SARIKEI: Seramai 50 orang daripada Ahli-ahli cawangan, Wanita dan Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor mengadakan program lawatan ke Kebun penanaman Sayur-sayuran Hydroponik bertempat di Green Coral Lettuce Sungai Galan Sarikei pada Sabtu.

Program lawatan tersebut bertujuan untuk mempelajari cara penanaman sayur-sayuran secara Hydroponik.

Selain itu, ia juga merupakan kaedah baharu dalam penanaman sayur-sayuran yang telah diusahakan oleh Chan Yian Hong bersama kedua anak beliau.

Kebun penanaman sayur-sayuran Hydroponik tersebut merupakan cara moden baharu iaitu menawarkan konsep sektor pelancongan yang mampu menjadi tarikan kepada para pengunjung tempatan terutamanya para petani.

Sementara itu, rombongan itu juga turut membuat lawatan ke kebun seluas 26 hektar yang mempunyai 1300 pokok betik dan 70 pokok durian.

Selain menikmati pengalaman gaya pertanian baharu, ia turut memberi pendedahan awal serta mendidik pengunjung dengan usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Orang ramai boleh membeli sayuran tersebut di Sentral Market Sarikei pada Hari Sabtu dan Ahad atau dengan melayari ‘Facebook Page Daily Fresh Hydroponic’ untuk membuat tempahan pembelian dan lawatan pada hujung minggu.

Turut hadir Setiausaha Parti SUPP Cawangan Bintangor Cr Lau Sie Hing mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, Ketua Wanita Parti SUPP Chieng Ming Kiong, Ketua Pemuda Parti SUPP Cawangan Bintangor Ley Chee Hua, Setiausaha Wanita Parti SUPP Cawangan Bintangor Kapitan Wong Mee King serta tetamu lain.-EDISI UKAS

add comment