ADUN Pantai Damai Serah Projek RTP Rumah JKKK Sungai Lumut

RABU, 24 OGOS 2022

KUCHING: Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyempurnakan penyerahan Projek Bina Baharu Rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Sungai Lumut, pada Selasa.

Projek berjumlah RM200,000 itu dilaksanakan menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan dibina bersebelahan dengan Dewan Kampung Sungai Lumut.

Rumah JKKK Sungai Lumut yang mempunyai pelbagai kemudahan berkenaan bakal memberikan manfaat kepada penduduk kampung. -EDISI UKAS

add comment