KMKK DUN Pujut Terima Sijil Perlantikan & Perlanjutan

RABU, 24 OGOS 2022

MIRI: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut telah menerima sijil perlantikan dan perlanjutan pada Selasa.

Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf telah menyampaikannya kepada dua orang Ketua Kaum dan seorang Penghulu di kawasan DUN Pujut dalam satu majlis di Pejabat Residen Bahagian Miri.

Penyampaian ini turut disaksikan oleh Datuk Bandar Miri merangkap ADUN Pujut Adam Yii Siew Sang.-EDISI UKAS

add comment