RABU, 24 OGOS 2022
KUCHING: Isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menerima kunjungan hormat daripada Isteri Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr. Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni di Demak Jaya di sini pada Rabu.
Kunjungan hormat itu diadakan sempena lawatan rasmi Toh Puan Datuk Seri Panglima Norlidah bersama 28 orang delegasi ke Kuching sehingga Jumaat ini.
Kunjungan selama dua jam itu turut dihadiri isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Pada sebelah malam, delegasi dijangka akan ke Sarawak River Cruise bagi Majlis Makan Malam.
Terdahulu, Toh Puan Datuk Seri Panglima Norlidah bersama delegasi sempat mengadakan lawatan rasmi ke Galeri Songket dan Keringkam.
Turut hadir Isteri Ketua Menteri Sabah merangkap Yang Di Pertua Mutiara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datin Sri Panglima Juliah Salag, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Sabariah Putit serta dif-dif kehormat yang lain.-EDISI UKAS