Premier Sarawak Serah Geran RM10 Juta Bantu Sekolah Persendirian Cina

KHAMIS, 25 OGOS 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyampaikan geran kerajaan sebanyak RM10 juta untuk membantu sekolah persendirian Cina di negeri ini pada Khamis.

Untuk rekod, kerajaan Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan  sebanyak RM52 juta bermula dari tahun 2014 sehingga kini.

Sebelum itu, beliau menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pengurusan Persatuan Sekolah Menengah Cina Swasta Bersatu Sarawak di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Sementara itu, Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata, mereka berkongsi objektif murni yang sama terhadap semua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Malaysia bagi menyediakan pendidikan yang berkualiti untuk pembangunan negara dan bangsa. 

“Sekali lagi, kami amat berterima kasih kepada Premier Sarawak dan kerajaan negeri kerana inklusif dan memandang ke hadapan dalam dasar pendidikan mereka untuk anak Sarawak.

“Kami menghargai komitmen Premier Sarawak kerana mengiktiraf sumbangan positif terhadap pendidikan Cina dan sentiasa menyokong usaha kami dengan memperuntukkan geran kewangan tahunan dan sumber pendidikan lain,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak di atas sokongan berterusan kepada pendidikan persendirian Cina di negeri ini. – EDISI UKAS

add comment