Program LEADS Bantu Kuasai Kemahiran 3M

KHAMIS, 25 OGOS 2022

KOTA SAMARAHAN: Program Pendidikan Literasi Fungsian Dewasa (LEADS) yang dilaksana oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sejak tahun 2010 penting dan diperlukan dalam kalangan masyarakat.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang berkata, ia bagi membolehkan kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira) dapat dikuasai dengan sebaiknya.

Jelasnya, ramai generasi terdahulu tidak dapat menguasai kemahiran 3M ini kerana jaringan perhubungan yang masih belum lengkap pada ketika itu sehingga ketinggalan dalam era moden masa kini.

“Saya bersyukur program LEADS ini dapat dilaksana dalam kawasan parlimen Kota Samarahan dan saya melihat perkembangan yang sangat baik dalam kalangan peserta.

“Walaupun dalam tempoh yang singkat tetapi program ini membawa perubahan yang besar dalam kalangan masyarakat khususnya golongan sasar (golongan dewasa yang tercicir daripada daripada mendapat pendidikan asas),” katanya semasa berucap menyempurnakan Majlis Graduasi dan Penyampaian Sijil Program LEADS di Dewan Auditorium Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sarawak pada Rabu.

Majlis graduasi kali ini menyaksikan seramai 95 peserta meliputi empat buah kampung iaitu Kampung Serpan Laut di daerah Asajaya, Kampung Bedega, Kampung Sungai Turong dan Kampung Sungai Bandung dari daerah Serian.

Program LEADS yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi dalam kalangan masyarakat khususnya golongan dewasa yang tercicir daripada mendapat peringkat asas ini dilaksanakan selama tiga bulan dengan tiga sesi kelas seminggu beserta tenaga pengajar yang disediakan oleh pihak KEMAS.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak Khairuddin Md Nasir, Pengarah INTAN Sarawak Mahathir Bujang, Pegawai KEMAS Bahagian Samarahan Syuaib Ahmad dan wakil peserta Program LEADS Tahun 2022 Parlimen Kota Samarahan Norakiah Abang. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia