Rumah Jungan Batu 36 Tamin Terus Dibantu

KHAMIS, 25 OGOS 2022.

SELANGAU: Rumah Jungan Batu 36 Tamin, Selangau yang musnah dalam kebakaran berlaku pada Selasa lepas menerima pelbagai bentuk bantuan daripada agensi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tamin, Ir. Christhoper Gira Sambang berkata, Kerajaan negeri akan membantu rumah panjang dalam proses pembinaan rumah panjang baharu melalui peruntukan Tabung Amanah Bencana Negeri atau Bantuan Ehsan Kebakaran dengan peruntukan sebanyak RM70,000 setiap pintu.

“Kita akan mengenalpasti tempat untuk mereka mendirikan rumah panjang baharu,” katanya semasa melawat rumah panjang itu baru-baru ini.

Selain itu, jumlah bantuan yang telah dikumpul adalah lebih kurang RM200,000 sumbangan daripada ahli-ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) termasuk wang tunai dan juga melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang akan dimasukkan ke dalam akaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Untuk rekod jumlah bantuan dari PRS Ir. Christopher Gira (RM38,000), Senator Rita Insol (RM10,000,), Datuk Snowdan Lawan (RM15,000 – MRP), Nicholas Kudi (RM10,000 -MRP), Kennedy Chukpai Ugon (RM10,000 -MRP) Anyi Jana (RM5,000 – MRP), Dato Majang Renggi (RM15,000 – MRP), Datuk John Sikie Tayai (RM15,000 -MRP), Datuk Liwan Lagang (RM15,000 – MRP), Datuk Malcolm Mussen Lamoh, (RM15,000 -MRP) dan Datuk Mong Dagang (RM5,000 -MRP).

Sementara itu, mangsa-mangsa kebakaran ditempatkan di penempatan sementara di Gereja Maria Indai Ukaristia, Batu 36 Tamin, Selanggau.

Christopher Gira berharap agar dengan peruntukan tersebut dapat meringankan beban penduduk terutamanya dalam pembinaan rumah sementara.-EDISI UKAS

add comment