87 Penghuni PERYATIM Terima Sumbangan Yayasan Nur Jauhar & SABATI

JUMAAT, 26 OGOS 2022

KUCHING: Seramai 87 penghuni Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) menerima sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar dan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

Isteri Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni telah menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut semasa melawat ke Kompleks Kebajikan Laila Taib, di sini pada Khamis.

Di samping itu, isteri Premier Sarawak yang juga Penaung PERYATIM Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang juga bersama menyempurnakan penyerahan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan asas itu.

Majlis juga disaksikan secara langsung melalui aplikasi zoom oleh anak-anak dari cawangan PERYATIM Sibu, Bintulu dan Miri.

Dalam lawatan ke kompleks berkenaan, Toh Puan Norlidah telah menyempurnakan upacara menanam pokok bunga sebagai simbolik keakraban.

Turut hadir adalah isteri Ketua Menteri Sabah merangkap YDP Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) Datin Seri Panglima Juliah Salag, isteri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datin Noraini Salleh, isteri kepada Timbalan Premier Sarawak (Datuk Amar Awang Tengah) Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, isteri Timbalan Premier Sarawak (Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian) Datin Sri Enn Ong Siok Ean, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Dr. Sabariah Putit dan YDP Majlis Islam Sarawak yang juga Pengerusi PERYATIM Datu Misnu Taha.-EDISI UKAS

add comment