MICCI & SCCI Digesa Jayakan Bersama PCDS 2030 – Datuk Amar Awang Tengah

JUMAAT, 26 OGOS 2022

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Malaysia International Chambers of Commerce and Industry (MICCI) di pejabatnya, di sini pada Jumaat.

Delegasi MICCI diketuai presidennya Christina Tee yang turut diiringi delegasi Sarawak Chamber of Commerce and Industry (SCCI) diketuai presidennya Datuk Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg.

Dalam pertemuan lebih satu jam itu, pelbagai isu telah dibincangkan terutama melibatkan usahasama ahli SCCI dan MICCI serta pelaburan di Sarawak.

Pada pertemuan itu, Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan turut menegaskan Sarawak merupakan destinasi pelaburan yang menarik, memiliki kekuatan dari pelbagai segi dan sentiasa menawarkan peluang yang luas kepada pengusaha dan syarikat dari luar.

Ujar beliau lagi, melalui inisiatif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, beberapa sektor telah dikenal pasti akan diberikan tumpuan dan menyeru ahli MICCI dan SCCI memainkan peranan dalam menjayakan pelan tersebut.

Turut hadir pada pertemuan tersebut adalah Penasihat Khas Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri, dan Pelaburan (MINTRED) Dato Naroden Majais dan Pegawai Khas MINTRED Datu Liaw Soon Eng.-EDISI UKAS

add comment