SELASA, 30 OGOS 2022
SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah menyumbang RM3,000 kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sarikei pada Isnin.
Sumbangan tersebut diserahkan melalui wakil beliau, Anthony Tan dalam Majlis Penutupan Rasmi Program Graduasi Kelas Leads dan PLFV 2.0 Tahun 2022 bertempat di Sarikei Innovation Center (SIC).
Dalam pada itu, Anthony dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah dah syabas kepada peserta yang telah berjaya menamatkan kelas di situ.
Selaras dengan kehendak Kerajaan Sarawak terutamanya dalam kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam memastikan peranan Jabatan KEMAS untuk membasmikan masyarakat luar bandar yang masih celik huruf melalui konsep 3M tersebut.
Turut hadir Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Khairuddin Md Nasir, Penolongan Pegawai Kemahiran dan Komuniti serta jemputan yang lain.-EDISI UKAS