KHAMIS, 1 SEPTEMBER 2022
KAPIT: Program Larian Keluarga Malaysia Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 telah berlangsung dengan jayanya di Townsquare Kapit baru-baru ini.
Program larian ini merupakan salah satu aktiviti yang diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2022.
Menurut Timbalan Walikota Kapit, Wilson Awan selaku penganjur, program ini diadakan bagi memupuk semangat patriotisme sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan lapisan masyarakat.
Sementara itu, seramai 31 orang lelaki dan 38 wanita menyertai program larian ini.
Turut diadakan ialah cabutan tiket bertuah untuk para peserta dan tetamu jemputan yang hadir.-EDISI UKAS