Semua Kaum Perlu Bersama Jayakan Konsep ‘Keluarga Malaysia’

KHAMIS, 1 SEPTEMBER 2022

LIMBANG: Konsep ‘Keluarga Malaysia’ adalah satu simbol kebersamaan yang inklusif dalam menghadapi krisis akibat daripada pandemik COVID-19. 

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, sebagai sebuah negara yang memiliki kepelbagaian bangsa dan budaya, sudah tentu cabarannya adalah besar bagi merealisasikan aspirasi Keluarga Malaysia.

“Oleh sebab itu, negara kita memerlukan semua warganegara yang terdiri daripada berbilang bangsa, keturunan, agama, budaya, warna kulit, latar belakang akademik dan sebagainya agar menjalankan peranan masing-masing bagi menjayakan aspirasi ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Timbalan Premeir Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang 1444H/ 2022M di Dewan Kampung Bunga Raya pada Selasa. 

Ujar Datuk Dr Abdul Rahman lagi, konsep Keluarga Malaysia seharusnya disambut baik oleh seluruh masyarakat dalam membawa kemakmuran dan memperkukuhkan perpaduan di Malaysia.

“Sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi kaum, bangsa, budaya, bahasa dan agama, variasi ini boleh menjadi satu cabaran kepada negara dan negeri kita sekiranya perpaduan dan persefahaman antara warganya tidak diperkukuhkan,” ujarnya lagi. 

Justeru, penghayatan kepada konsep Keluarga Malaysia ini sangat penting terutama bagi generasi muda kerana mereka menjadi harapan untuk menyambung legasi sebuah negara. 

Pada majlis itu, Mohammad Wardi Nordin dari Limbang dan Eza Nurumaiza Japarudin dari daerah Kecil Sundar, Lawas telah diumumkan sebagai juara bagi kategori qari dan qariah denga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2500 berserta piala dan sijil penyertaan.

Manakala, bagi kategori qari, naib juara dimenangi Musidi Drahman dari Limbang dan qariah Qathrunnasuha Mazlan dari Lawas yang membawa pulang wang tunai RM2000 beserta piala dan sijil penyertaan. 

Tempat ketiga disandang Mazlan Mat Zin dari Lawas bagi kategori qari dan Suryah Jinin dari Lawas bagi kategori qariah yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1500 berserta piala dan sijil penyertaan. 

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Limbang Jamalie Busri, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Awang Abdul Rahim Awang Rosely dan Pemanca Abu Bakar Tinggal. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia