Belia Diseru Libatkan Diri Secara Aktif Dalam Aktiviti SABERKAS

JUMAAT, 2 SEPTEMBER 2022

LIMBANG: Golongan belia di Limbang diseru untuk terlibat secara langsung dalam kegiatan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Bukit Kota.

Menurut Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang juga Pengerusi SABERKAS Cawangan Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, SABERKAS adalah satu-satunya medium untuk para belia bergiat aktif dalam usaha membangunkan golongan tersebut di Limbang.

“Kita juga telah membuat perancangan-perancangan dari unit hingga ke cawangan untuk mengadakan pelbagai program untuk belia.

“Pada tahun-tahun yang akan datang banyak lagi program yang SABERKAS Cawangan Bukit Kota anjurkan bersama dengan unit-unit bukan semata-mata untuk meraikan program-program berbentuk hiburan dan sukan, saya minta mereka juga mengadakan program-program berasaskan pendidikan dan kerjaya.

“Insyallah pada tahun hadapan kita pelbagaikan lagi program-program untuk para belia kita,” katanya dalam Program Sambutan Hari Kebangsaan 2022 SABERKAS Cawangan Bukit Kota anjuran SABERKAS Cawangan Bukit Kota dengan kerjasama SABERKAS Unit Kampung Gadong disini pada Rabu.

Datuk Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berharap, golongan belia dapat melibatkan diri dalam SABERKAS ini untuk bersama memajukan diri sendiri.

Terdahulu, beliau juga telah menyertai konvoi sejauh 18 kilometer yang julung kali diadakan oleh SABERKAS Cawangan Bukit Kota pada tahun ini yang disertai oleh kira-kira 50 buah motorsikal.

Konvoi ini telah singgah ke lima buah kampung untuk simbolik penyerahan Jalur Gemiling kepada Ketua Kampung bagi Kampung Sengkarai, Kampung Lupak Rangas, Kampung Lubok Pangi, Kampung Pendam dan Kampung Gadong.

Selain konvoi motorsikal turut diadakan aktiviti senamrobik, Pertandingan Rumah Merdeka, Pertandingan Motorsikal Berhias, Pertandingan Basikal Berhias dan cabutan nama bertuah.

Antara yang hadir dalam program ini adalah Walikota Majlis Daerah Limbang merangkap Naib Pengerusi 1 SABERKAS Cawangan Bukit Kota Kr Sufian Mohat, Penghulu Dulahpi Bakar, Ketua Kampung Gadong Mohamad Faizul Ismail, Pengerusi SABERKAS Unit Kampung Gadong merangkap Pengerusi Pengelola Sambutan Hari Kebangsaan 2022 SABERKAS Cawangan Bukit Kota Rahim Bujang, Ketua Kampung Pendam Abdul Rahman Said, Ketua Kampung Lubok Pangi Hussainy Mohamad, Ketua Kampung  Lupak Rangas Tangah Mohamad, dan Ketua Kampung Sengkarai Omar Merali.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia