JUMAAT, 2 SEPTEMBER 2022
LUNDU: Peluang pendidikan amat cerah pada masa kini dengan lambakan biasiswa yang ditawar oleh agensi-agensi daripada kerajaan
mahupun swasta ditambah dengan pelbagai institusi pendidikan tinggi yang menawarkan kursus yang pelbagai.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang menyeru anak-anak muda khususnya pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong untuk menitikberatkan kepentingan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi hala tuju pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Program Semarak Kasih yang bertujuan meningkatkan motivasi di kalangan pelajar di SMK Senibong pada Khamis.
Dalam program sama, Billy telah menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Senibong berjumlah RM5,000.
Turut hadir di program tersebut ialah Pengetua SMK Senibong Razak Rudey dan Ketua Kaum Kampung Senibong Jamnekel Jahawi. -EDISI UKAS