Datuk Amar Awang Tengah Hadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi (JKSE) Bil 2

AHAD, 4 SEPTEMBER 2022

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi (JKSE) Bil 2 yang diadakan secara atas talian baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mustapa Mohamed yang turut dihadiri Menteri-menteri Persekutuan dan wakil dari Sabah. 

Dalam mesyuarat lebih dua jam itu, pelbagai isu telah dibincangkan antaranya melibatkan projek pembangunan di Sarawak dan Sabah, terutamanya pendidikan.

Turut hadir Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel.-EDISI UKAS

add comment