ISNIN, 5 SEPTEMBER 2022
KABONG: Satu majlis ringkas penyerahan bantuan kilat kepada mangsa kebakaran di Kampung Hilir Tengah, Sessang telah diadakan pada Selasa.
Ia disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir dengan sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan daripada Pusat Khidmat ADUN Kabong.
Selain itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menyerahkan barangan asas seperti tilam dan juga bakul makanan.
Sumbangan telah diberikan kepada wakil Nordin Sebeli, wakil Mataib Mat, wakil Mokhtar Mat dan Fatimah Ibrahim.
Dalam kejadian berlaku pada petang Ahad, sebanyak dua buah rumah di Kampung Sessang ranap sementara sebuah rumah yang berdekatan rosak hampir 40 peratus.
Hadir Sama Pegawai Daerah Kabong Mohd Rashdan, Penghulu Kamaludin Ramli, Penghulu Sani Mohamad serta Ketua Kampung Abdollah Salim. – EDISI UKAS