ADUN Opar Umum Peruntukan MRP Tambahan Kepada Biro Belia & Biro Wanita Kampung Semapu

SELASA, 6 SEPTEMBER 2022

LUNDU: Biro Belia dan Biro Wanita Kampung Semapu telah menerima dana tambahan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Opar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, dana berjumlah RM3,000 untuk Biro Belia dan RM5,000 untuk Biro Wanita itu merupakan tambahan kepada peruntukan yang telah diberikan pada bulan lepas. 

Beliau mengumumkan demikian ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Makatn Bakomok Bersama ADUN Opar di Dewan Bestari Kampung Semapu di sini pada Ahad.

Pada 8 Ogos lepas, beliau telah menyampaikan peruntukan sebanyak RM3,000 kepada Biro Wanita Kampung Semapu, RM3,000 kepada Biro Belia Kampung Semapu, RM6,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Semapu dan RM3,000 kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Rumah Adat Kampung Semapu.

Dalam majlis itu, ADUN Opar itu juga menyerahkan Memorandum Penyerahan Tapak Dewan Kampung Semapu kepada 10 ahli keluarga pemilik tanah asal di situ.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani, Penghulu Wang Ering, Penghulu Kutong Enggang, Ketua Kaum Kampung Semapu, Akok Umping dan bekas Ketua Kaum Kampung Semapu, Isap Nyata. -Edisi UKAS

add comment