Datuk Amar Awang Tengah Wakili Premier Sarawak Ke Mesyuarat Sustainability Development Goal

SELASA, 6 SEPTEMBER 2022

KUALA LUMPUR: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah menghadiri Mesyuarat Sustainability Development Goal yang dipengerusikan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya pada Selasa. 

Beliau mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di mana mesyuarat itu turut dihadiri wakil-wakil kerajaan negeri.

Dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri memberitahu Malaysia komited untuk membangunkan sektor airnya secara mampan, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, Malaysia adalah antara negara yang komited terhadap objektif SDG, yang diterima pakai oleh PBB pada September 2015 untuk dipenuhi menjelang 2030.-EDISI UKAS

add comment