Program Pathfinder Camporee Zon Selatan Julung Kali Diadakan

SELASA, 6 SEPTEMBER 2022

TEBEDU: Program Pathfinder Camporee Zon Selatan yang bertemakan ‘I Will Serve’ merupakan program yang julung kalinya diadakan sejak pandemik COVID-19 melanda dunia dua tahun lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada telah hadir menyempurnakan program berkenaan di Kampung Temong Putah pada Isnin.

Menurutnya, program itu wajib diadakan bagi mengisi waktu bercuti sekolah dan beliau yakin setiap ilmu yang dipelajari oleh para peserta akan memberi manfaat yang sangat berguna dalam menjalani kehidupan rohani mereka.

Program selama empat hari yang bermula sejak 4 hingga 7 September itu disertai oleh 350 orang peserta melibatkan 22 kumpulan dari Roban, Sarikei hingga ke Lundu. -EDISI UKAS

add comment