Education and Career Fair 2022 Pada 9-10 September Ini

RABU, 7 SEPTEMBER 2022

KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) akan menganjurkan Program ‘Education and Career Fair 2022’ untuk para pelajar pada 9 hingga 10 September ini.

Pembukaan program tersebut akan dirasmikan oleh Menteri MEITD, Datuk Roland Sagah Wee Inn pada Jumaat.

Ia akan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di Dewan Masyarakat Tapah, Serian dengan kemasukan adalah percuma.

Pameran ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar, belia dan ibu bapa berkenaan dengan kursus atau program yang ditawarkan oleh institusi awam dan pusat latihan teknikal dan kemahiran.

Bagi mereka yang bekerja atau telah tamat persekolahan, program tersebut juga dapat memberi pendedahan berkenaan dengan saluran yang ada untuk mengetahui kekosongan jawatan dalam sektor swasta atau industri.

Selain daripada pameran, pengunjung boleh menikmati mini planetarium yang membolehkan para pengunjung mengalami suasana angkasa lepas dan menonton video serta simulasi langit malam. – EDISI UKAS

add comment