Budayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat

KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2022

SRI AMAN: Pendidikan dan penghayatan ilmu perlu sentiasa dipertingkat dan diperkukuh walaupun setelah tamatnya pengajian secara formal. 

Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu, in kerana penimbaan ilmu  merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. 

“Ia merupakan satu komponen penting dalam proses pembangunan sahsiah diri, organisasi dan juga negara,” katanya pada Majlis Konvokesyen Ke-6 Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) 2022 di Hotel Seri Simanggang di sini pada Isnin. 

Menyentuh berkenaan Konvokesyen PMBS itu, Dato Gerald berkata, ianya merupakan titik permulaan bagi para graduan mengorak langkah ke tahap lebih tinggi serta memahami erti dan cara kehidupan bekerjaya. 

“Oleh itu, para graduan diharapkan agar terus mengambil peluang bagi meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan terutamanya dalam bidang-bidang yang diceburi. 

“Konsep pembelajaran sepanjang hayat perlu ada dalam jiwa para graduan, malah, ianya perlu dilestarikan,” tambahnya lagi. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar itu menyambut baik kewujudan PMBS di kawasan Betong sebagai aset berharga dalam melahirkan modal insan tempatan berjaya yang bakal membantu merancakkan lagi perkembangan sektor ekonomi. 

Antara yang hadir sama ialah Residen Betong Richard Michael Abunawas, Pengarah Politeknik Kuching Hikmatullah Hajid Ahamad Khan, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir dan Pengarah PMBS Suhaili Aleh. -Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia