KMKK Kawasan DUN Kakus Sertai Seminar Pemerkasaan

JUMAAT, 9 SEPTEMBER 2022

BINTULU: Pejabat Daerah Tatau dan Pusat Khidmat ADUN Kakus telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Tatau bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus.

Seminar yang mendapat penyertaan seramai 100 orang KMKK ini diadakan di Hotel Promenade, Bintulu bermula 7 September hingga 9 September 2022.

Program seminar pada Khamis menyaksikan sebanyak tujuh slot ceramah telah diadakan iaitu Pengurusan KMKK dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) oleh Long Jok dari Pejabat Daerah Tatau; Adat Berumah / Ngelumpung Perabung / Pecah Rumah oleh Enchana Labau dari Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS); serta Adat Kahwin Iban dan Adat Pemati / Tebalu oleh Agustina Baindang dari MAIS.

Selain itu, terdapat juga ceramah mengenai Protokol dan Pengurusan Majlis oleh Sharpini Daud dari Pejabat Residen Bintulu; Slot Khas OSC – MIDS Daerah Tatau: Dadah Punca Kes Jenayah oleh ASP Muning Jakung dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu serta ceramah Fungsi Statutory di Pejabat Daerah Tatau oleh Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian.

Turut hadir dalam sesi pada Khamis itu adalah adalah Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan dan Pemanca Daerah Tatau Gerosen Jubin. -EDISI UKAS

add comment