MEITD Buka Peluang Pendidikan Dan Kerjaya Kepada Masyarakat

SABTU, 10 SEPTEMBER 2022

SERIAN: Program “Education and Career Fair 2022” ini adalah untuk mendedahkan kursus atau program yang ditawarkan oleh insdustri awam kepada golongan pelajar, belia dan juga ibu bapa. 

Menteri pendidikan, inovasi dan pembangunan bakat sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata pelajar lepasan universiti yang telah tamat kuliah didapati ramai lagi yang belum menerima apa-apa tawaran pekerjaan. Oleh itu, beliau mengumpulkan kedua-dua institusi pendidikan dan kemahiran, industri, ngo serta masyarakat.

“Kita perlu menasihati pelajar-pelajar dan anak-anak kita, bahawa terdapat pilihan yang berdaya maju diluar sana iaiyu memasuki ke institusi dan pusat latihan kemahiran sekiranya minat mereka ke arah bidang tersebut. Potensi dan peluang adalah terbuka kepada sesiapa sahaja untuk meningkatkan kemahiran diri. Bahawasanya, pembelajaran sepanjang hayat adalah kunci kejayaan”.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Education dan Career Fair 2022 MEITD bertempat di Dewan Serbaguna Tapah di siburan pada jumaat.

Malahan pula, terdapat tapak pameran yang terdiri daripada institusi pengajian tinggi (IPT), institusi kemahiran dan juga agensi lain yang menguruskan pengambilan pekerja yang ditawarkan dalam industri.

Turut hadir timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi ii Datuk Willie Mongin , setiausaha politik kepada premier sarawak Damen Rejek dan setiausaha tetap kementerian pendidikan, inovasi dan pembangunan bakat sarawak Datu Kameri Hj Affandi dan pegawai daerah serian Lim Hock  Meng. – EDISI UKAS

add comment