PJMKM DUN Bukit Saban Mendapat Sambutan Pengunjung

AHAD, 11 SEPTEMBER 2022

BETONG: Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban diserikan dengan kehadiran Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dr Richard Rapu di Indai MART, Spaoh pada Sabtu.

PJMKM yang berlangsung selama dua hari anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung di situ.

Dalam pada itu, Dr Richard sempat beramah mesra dengan para pengunjung yang menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga yang lebih murah daripada biasa melalui subsidi oleh pihak kerajaan.

Para pengunjung yang ditemui sempat merakamkan penghargaan di atas penganjuran program itu sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam menangani kesan kenaikan harga barang sekaligus meringkan beban golongan sasar seperti mereka.

Turut hadir Penguatkuasa KPDNHEP Faustinea Harun, Penyelia UKAS Bahagian Betong Tony Malang, Pemanca Goh Liang Tong dan Pengurus Indai MART Spaoh Wong Pak Sing.-EDISI UKAS

add comment