AHAD, 11 SEPTEMBER 2022
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Bujang meluangkan masa menyerikan majlis perkahwinan Sharifah Nong Ja-sima dan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Nur Hakeem di sini pada malam Sabtu.
Sharifah Nong Ja-sima merupakan anakanda kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merangkap Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Sejurus selepas itu, Premier Sarawak turut menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya Dayang Zunaida Abang Abdul Rahim dengan lelaki pilihan hatinya Muhammad Irfan Azizan.
Hadir sama adalah ibu kepada kedua-dua mempelai iaitu ibu pengantin perempuan Dayang Mastura Abang Zain dan ibu kepada pengantin lelaki Noor Aeni Che Abdul Razak. -EDISI UKAS