Skuad Bola Sepak SUKMA Sarawak ‘Ngap’ Melaka

ISNIN, 12 SEPTEMBER 2022

KUCHING: Skuad bola sepak remaja Sarawak memulakan kempen Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 2022 dengan langkah kanan selepas berjaya menundukkan Melaka, 2-1 dalam aksi pertama peringkat Kumpulan B di Padang UNITEN petang tadi.

Kedua-dua gol dihasilkan oleh Mohammad Zharmien Ashraf Ismail dan Ikwan Firdaus Mohd. Zaidi masing-masing pada minit ke-17 dan 28.

Manakala gol saguhati Melaka muncul pada minit-minit akhir perlawanan.

Ia tiga mata yang cukup penting buat anak-anak buah Safri Amit dalam usaha meloloskan diri ke peringkat seterusnya.

Katanya, pemain mengikut apa yang teah dirancang dengan baik sepanjang permainan.

“Syabas dan tahniah kepada semua pemain kerana telah memberi komitmen begitu tinggi pada perlawanan hari ini.

“Kemenangan hari ini yang cukup berharga dan untuk kita mara ke peringkat seterusnya.

“Barisan kesebelasan utama yang diturunkan petang ini diberi tentangan sengit pasukan lawan namun mereka berjaya mengatasi tekanan sepanjang permainan,” ujar Safri.

Sarawak akan meneruskan kempen peringkat kumpulan menentang Pahang pada 14 September disusuli aksi terakhir menentang Johor pada 16 September. – EDISI UKAS

add comment