KHAMIS, 15 SEPTEMBER 2022
GEDONG: Pejabat Daerah Gedong telah mengadakan gotong royong perdana sempena sambutan Hari Malaysia di enam lokasi ‘checkpoint’ yang telah ditetapkan pada Khamis.
Gotong-royong ini adalah anjuran bersama daripada Majlis Daerah Simunjan (MDS), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N26 Gedong, Koperasi Usahawan Gedong, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Gedong, Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Gedong, Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Gedong, Kelab Veteran Gedong (KVG), Persatuan Melayu Sarawak Gedong, Ketua-ketua Masyarakat Ketua-ketua Kaum (KMKK) Daerah Gedong, Gedong Unity, Kelab Gedong Brotherhood dan Kelab Belia Kreaktif Gedong.
Antara enam checkpoint tersebut adalah yang pertama, jalan masuk menuju ke Rumah Rehat Sri Gedong yang dikendalikan oleh Koperasi Usahawan Gedong dan PBB Gedong.
Checkpoint kedua di Rumah Rehat Sri Gedong yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Gedong dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Gedong.
Seterusnya checkpoint ketiga di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong, dikendalikan oleh Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Gedong bersama Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Gedong.
Bagi checkpoint keempat iaitu di Padang RGC (Helipad), dikendalikan oleh Kelab Veteran Gedong dan Kelab Gedong Unity.
Di checkpoint kelima pula adalah di bangunan SEDC dan bahu jalan yang dikendalikan oleh Majlis Daerah Simunjan (MDS), Kelab Gedong Brotherhood bersama Persatuan Melayu Sarawak Gedong.
Manakala checkpoint terakhir di Bangunan Pejabat Daerah Gedong dan Jalan Kampung Lot RGC Fasa 1 dan 2, dikendalikan oleh Ketua-ketua Masyarakat Ketua-ketua Kaum (KMKK) Daerah Gedong bersama Kelab Belia Kreaktif Gedong.
Program kemasyarakatan itu diadakan bagi memupuk kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara agensi kerajaan dengan agensi bukan kerajaan (NGO) di Daerah Gedong di samping dapat menceriakan lagi daerah itu dan mengamalkan amalan hidup sihat.
Turut serta dalam gotong-royong itu ialah Pegawai Daerah Gedong Abdul Khalid Manap, Temenggong Geoffery Mamat Kuchai, Temenggong Iban Bahagian Samarahan, Pemanca Abang Ronnie Abang Sa’adeli, Pemanca Melayu Kawasan Gedong Proper, Pemanca Sarika Muda, Pemanca Iban Kawasan Ulu Gedong, Penghulu Melayu Kawasan Ulu Gedong Mohamad Najib Arbi, Penghulu Melayu Kawasan Gedong Proper Hadian Salleh, Penghulu Iban Kawasan Iban Francis Kunche serta Penghulu Iban Kawasan Zon Pangkor David Tungkuh.-EDISI UKAS