Dato Dr. Juanda Lakukan Lawatan Kerja Ke Daerah Mukah

JUMAAT, 16 SEPTEMBER 2022

MUKAH: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman), Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya melakukan lawatan kerja rasmi ke beberapa tapak kerja di Igan pada Rabu.

Beliau berkata tujuan lawatan adalah untuk meninjau kemajuan kerja pembinaan dan melihat kerja yang berterusan.

Antara projek-projek yang dilawati adalah Projek Rakyat Pembinaan Jalan Igan ke Sg Ilas, Projek Kaul Igan (Fasa 1) dan Projek Jambatan Igan.

Dato’ Dr. Juanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng mengingatkan pihak kontraktor supaya meneliti semula jadual kerja yang boleh membantu mereka mempercepatkan kerja-kerja pembinaan dengan lebih efektif.

Selepas lawatan kerja, beliau telah menghadiri Mesyuarat Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Pejabat Daerah Matu.

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan penyusunan semula kawasan dalam kampung, bilangan KMKK dan menambah baik jentera kampung.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad, Penghulu Igan Rahmah Ras dan Pegawai Tadbir Khas Diana Mahsen. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia