JUMAAT, 16 SEPTEMBER 2022
BALAI RINGIN: Ketua Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) merangkap Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie melawat ke Rumah Danny Linggang, Kampung Abok Tembawai pada Khamis.
Kehadiran beliau adalah untuk menyantuni penduduk di situ di samping mengambil maklum sebarang permasalahan yang berlaku termasuk mengenalpasti pembangunan yang dapat diteruskan oleh kerajaan Sarawak di kawasan itu.
Pada masa sama, Dato’ Sri Doris turut berkongsi beberapa dasar serta hala tuju Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sememangnya mengamalkan politik ke arah menuntut pembangunan.
Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Ketua Wanita PRS N30 Balai Ringin Helen Jambai, Ahli Majlis Daerah Sri Aman Kauselor Nila, Konselor Dayan Steel serta Ketua Kampung dari kawasan Kampung Abok bersama ahli jawatankuasa masing-masing.-EDISI UKAS