SCV Tawar Harga Istimewa Kepada Rakyat Sarawak Sempena Hari Malaysia

JUMAAT, 16 SETEMBER 2022

KUCHING: Sempena sambutan Hari Malaysia, Kampung Budaya Sarawak (SCV) menyediakan promosi dengan menawarkan harga istimewa kepada seluruh rakyat Sarawak bermula 16 hingga 18 September ini.

Tiket masuk telah dijual dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa iaitu RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun.

Inisiatif sedemikian adalah bagi meraikan hari bermakna tersebut di samping memberi peluang kepada rakyat Sarawak menghargai detik indah bersama insan tersayang dengan mendalami serta menghayati budaya dan adat yang dipamerkan di muzium itu.

Dalam masa sama, kadar istimewa itu juga merupakan salah satu usaha menggalak serta meningkatkan jumlah pengunjung dalam kalangan pelancong tempatan ke situ.

Selain mempamerkan pelbagai warisan budaya seperti pakaian, kraftangan dan persembahan kebudayaan, turut diadakan beberapa aktiviti menarik khas untuk pengunjung antaranya nyanyian lagu patriotik beramai-ramai, ‘mini busking’ termasuk permainan tradisional bowling kelapa, berjalan atas tempurung kelapa dan ‘musical chair’.

Untuk rekod, Kampung Budaya Sarawak yang terletak di kaki Gunung Santubong ini merupakan sebuah muzium hidup yang dibina untuk menggambarkan gaya hidup masyarakat etnik utama yang terdapat di Bumi Kenyalang.

Ia beroperasi setiap hari pada jam 9 pagi sehingga 5 petang manakala persembahan kebudayaan diadakan selama dua kali sehari pada jam 11.30 pagi dan 4 petang.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia