SUKMA KE-20 KL: Olahraga Sarawak Sumbang Pingat Perak & Gangsa

JUMAAT, 16 SEPTEMBER 2022

KUALA LUMPUR: Jonah Chang Rigan dan Lucas Wong Sie Hong masing-masing menangi pingat perak dan gangsa dalam acara trek dan balapan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. 

Jonah memenangi pingat perak dalam acara Baling Tukul Besi akhir apabila berjaya membuat lontaran terbaiknya sejauh 50.6300 di mana atlet Negeri Sembilan memenangi pingat emas manakala, atlet Perlis menduduki ketiga. 

Sementara itu, Lucas Wong Sie Hong pula menangi pingat gangsa menerusi acara 3,000 meter lelaki akhir Lari Berhalangan dengan catatan masa 9:41.480.

Pingat emas dimenangi atlet Terengganu dan pingat perak dimenangi atlet Selangor, manakala seorang lagi atlet Sarawak Ellison Wong Tze Rong menduduki ke-7.

Dalam acara lain, separuh akhir 4 X 100 meter skuad olahraga Sarawak sekadar menduduki tempat ke-5 apabila mencatat masa 42.120.

Acara 100 meter akhir pula, kedua-dua atlet Sarawak Emma Hill Yun Wei Ling sekadar menduduki tempat ketujuh dan seorang lagi Erissca Peter dibatalkan penyertaannya.

Sementara, dalam acara lelaki jalan kaki 10km akhir, Arif Fahmi Matusin menduduki tempat ke-6 dengan catatan masa 52:37:580.

Manakala, separuh akhir 1 bagi acara 800 meter Alif Zaini menduduki tempat ke-5 dengan catatan masa 01:59.170 dan seorang lagi atlet Sarawak Mohamad Ramdhani Azani Roslie menduduki tempat ketiga dalam acara 800 meter Separuh Akhir Ke-2 dengan catatan masa 02:03.850.

Bagi acara separuh akhir kedua 400 meter Mandy Goh Li berjaya menduduki tempat pertama dengan catatan 01:03.260 dan diikuti atlet Negeri Sembilan dan Johor.

Sementara, Rosita Lua Jabing pula menduduki tempat ke-9 dan Nicole Goh Zhi Wei tempat ke-9 dalam acara akhir lompat tinggi wanita.

Acara balapan pula, menyaksikan Rueben Valen Samen Wellie menduduki tempat ke 10 menerusi acara akhir lompat jauh lelaki dan Rosita Lua Jabing juga menduduki tempat ke-10.-EDISI UKAS

add comment