Beberapa Penempatan Di Daerah Beluru Dilanda Banjir

SABTU, 17 SEPTEMBER 2022

BARAM: Beberapa penempatan di Daerah Beluru telah dilanda banjir ekoran hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan laporan yang diterima daipada Bilik Gerakan Bencana Daerah Beluru  pada Khamis, terdapat lima rumah panjang dan empat sekolah yang terjejas.

Antara kawasan yang terkesan ialah Rumah Banyah Banyi (Sungai Sebubu, Tinjar), Rumah Magdeline (Lubok Mulong, Tinjar), Long Tabing, Long Sepiling dan Rumah Duri (Nanga Lait, Tinjar).

Turut terjejas akibat banjir ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Bok, Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, Sekolah Kebangsaan Long Teru dan Sekolah Kebangsaan Pengarah Enteri. – EDISI UKAS

add comment