RABU, 21 SEPTEMBER 2022
MIRI: Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada ibu tunggal kategori warga emas telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Nyayian Kelab Sosial dan Kebajikan Harmoni Miri di Bintang Megamall Miri di sini baru-baru ini.
Program ini diadakan sebagai memberi peluang kepada ahli kelab untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah selain menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Hadir menyempurnakan perasmian pertandingan nyanyian ini ialah Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin.
Turut hadir, Pengerusi Kelab Sosial dan Kebajikan Harmoni Miri Connie Tang, Ahli Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Jeffrey Phang Siaw Foong dan Kapitan Ngieng Hok Diing. -EDISI UKAS