Mangsa Banjir Di Telang Usan Terima Bantuan Makanan

RABU, 21 SEPTEMBER 2022

BARAM: Beberapa buah kampung di daerah Telang Usan telah menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri bagi meringankan beban akibat banjir beberapa hari lalu.

Antara kampung dan sekolah yang menerima bantuan tersebut adalah Kampung Long Watt (209 Pek Makanan), Sekolah Kebangsaan (SK) Long Watt (8 Pek Makanan), Kg. Long Atip (115 Pek Makanan), SK Long Atip (7 Pek Makanan), Kg. Long Buang (75 Pek Makanan) Kg. Long Tujang (28 Pek Makanan), Kg. Kayan (507 Pek Makanan), Kg. Long Puak (118 Pek Makanan) dan Kg. Long Bemang (530 Pek Makanan).

Turut menerima bantuan yang sama ialah SK Long Bemang (24 Pek Makanan), Kg. Long Banyok (363 Pek Makanan), Kg. Uma Akeh (180 Pek Makanan), SMK Long Lama (66 Pek Makanan) SK Ubong Imang (24 Pek Makanan) dan SK Morek (18 Pek Makanan).

Sehingga kini, keadaan banjir di kawasan Telang Usan sudahpun surut sepenuhnya sejak beberapa hari lalu.

Manakala, bantuan makanan ke kawasan lain yang terjejas akibat banjir akan dihantar dalam waktu terdekat secara berperingkat. -EDISI UKAS

add comment