Pasukan Bola Tampar MAKSAK Bintulu Sasar Johan

RABU, 21 SEPTEMBER 2022

BINTULU: Pasukan Bola Tampar Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Bahagian Bintulu akan berlepas ke Betong bagi mewakili bahagian Bintulu untuk menyertai Pertandingan Bola Tampar Peringkat Sarawak. 

Menurut Pengerusi MAKSAK Bahagian Bintulu, Datu Jack Aman, beliau berasa kagum dengan penubuhan pasukan ini kerana ia terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pendidikan, bomba, polis serta agensi-agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). 

“Saya juga difahamkan bahawa sebelum ini pasukan kita MAKSAK Bahagian Bintulu mendapat naib johan dan sebelum itu tempat ketiga. 

“Justeru, kini tiba masanya untuk mencapai sasaran kita menjadi johan atas berkat kegigihan kita dalam latihan dan disiplin yang tinggi,” katanya pada sidang media di Bilik BSC Pejabat Residen Bajagian Bintulu pada Selasa. 

Datu Jack Aman yang juga Residen Bahagian Bintulu berkata, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan dan agensi kerana telah bersetuju untuk memberi perlepasan kepada semua yang menyertai pertandingan di Betong itu nanti.

Justeru, beliau berharap pasukan ini menggunakan peluang dengan sebaik mungkin untuk mencapai sasaran menjadi Johan Peringkat Sarawak.-EDISI UKAS 

add comment