Penyerahan Tabung Bantuan Segera JKMS Bahagian Sibu disempurnakan oleh ADUN Dalat

Rabu, 21 September 2022

SIBU: Penyerahan Tabung Bantuan Segera JKMS Bahagian Sibu oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah telah diadakan di Sibu pada selasa.

Bantuan itu disalurkan kepada Ting Kie Ping, 80 tahun dan isterinya Chieng Suk Hung, 70 tahun di Sri Kenangan, Sibu.

JKM Bahagian Sibu dan KPWK mengambil tindakan segera untuk menyalurkan bantuan berupa wang tunai dan bekalan makanan setelah melihat video kehidupan sepasang warga emas dan seorang kanak-kanak lelaki tular di media sosial.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Ting Kie Ping adalah penerima bantuan warga emas sebanyak RM500 sebulan daripada JKM.

Mengulas lanjut, KPWK dan JKM juga mengusahakan untuk memberikan tempat kediaman yang selesa kepada mereka.

Pihak media juga diberitahu bahawa cucu mereka akan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak sementara pihak JKM menjejaki ibu kanak-kanak itu untuk memastikan dokumentasi kanak-kanak itu tersedia demi masa hadapan terutama membabitkan pendidikannya di kemudian hari.- EDISI UKAS

add comment