ADUN Bukit Assek Prihatin Terhadap Keperluan Keluarga Daif

KHAMIS, 22 SEPTEMBER 2022

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek telah menyerahkan bantuan kepada keluarga daif pada Selasa.

Bantuan makanan dan wang telah diserahkan kepada Ting Kie Ping, 80, dan isterinya Chieng Suk Hung, 70, dan cucu mereka yang berusia 5 tahun.

Dalam pada itu, Chieng berkata, beliau mengambil tindakan selepas menerima maklum balas daripada orang mengenai keperluan keluarga tersebut.

Sehubungan itu, beliau sudah melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memastikan mereka menjaga keluarga tersebut.

Turut hadir ialah Kapitan Wong Lu Ping dan Kaunselor Raymond Tiong. – EDISI UKAS

add comment