ADUN Kabong Mempengerusi Mesyuarat Sambutan Maulidur Rasul

KHAMIS, 22 SEPTEMBER 2022

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir mempengerusikan mesyuarat Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kabong Tahun 1444 Hijrah bersamaan 2022 Masihi di Bilik Mesyuarat ADUN Kabong pada Rabu.

Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan beberapa program bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kabong bagi tahun 2022.

Di samping itu, terdapat beberapa program yang akan diadakan antaranya Perarakan Maulidur Rasul dan Pertandingan Selawat Ke Atas Nabi, Pertandingan Zikir Marhaban Maulidur Rasul Juga Ceramah Khas Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ghazali Ibrahim.

Turut hadir bersama wakil Pegawai Daerah Kabong Ahmad Sabree Salleh, Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong Bujang Lee, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Assabirin Kabong Ahmad @ Johar Bidin, Wakil-Wakil Jabatan, Pengerusi-Pengerusi Masjid dan Surau di Daerah Kabong serta Ketua-Ketua Masyarakat Sekitar.-EDISI UKAS

add comment