KHAMIS, 22 SEPTEMBER 2022
MIRI: Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tahun 2022 yang diketuai Menteri Pengangkutan Sarawak selaku Menteri Bertanggungjawab bagi sambutan tersebut, Dato Sri Lee Kim Shin telah mengadakan lawatan tapak lokasi pada Rabu.
Antara tapak yang dilawat ialah Stadium Miri Stadium Terbuka Miri, Masjid At-Taqwa, Eastwood Valley Golf dan Country Club dan Hotel Meritz, Miri.
Lawatan tersebut bertujuan bagi memastikan perancangan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.
Di majlis sambutan itu pada 7 Oktober akan diadakan Majlis Kesyukuran Hari Lahir TYT anjuran UNIFOR di UNIFOR Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri manakala pada sebelah petang pula di Masjid At-Taqwa, Miri.
Seterusnya pada 8 Oktober akan diadakan Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa, Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dan pada sebelah malam Majlis Jamun Negeri serta keesokan harinya Majlis Jamuah Teh.-EDISI UKAS