Mangsa Banjir Kampung Cina, Long Lama Terima Bantuan Makanan

KHAMIS, 22 SEPTEMBER 2022

BARAM: Mangsa banjir di sekitar Kampung Cina, Long Lama menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada Rabu.

Sebanyak 760 bungkusan makanan kering telah diedarkan kepada mangsa dengan dibantu oleh para sukarelawan yang diketuai oleh Penghulu Desmond Yap.

Untuk rekod, hampir seluruh kawasan Baram telah ditenggelami banjir pada pertengahan September.

Dalam pada itu, bantuan daripada JKM sudah mula diagihkan bermula minggu lepas secara berperingkat.-EDISI UKAS

add comment