MRSC Teruskan Operasi SAR mangsa bot karam di Mukah

Khamis, 22 September 2022

MUKAH: Operasi mencari dan menyelamat penumpang bot karam di perairan Mukah berjaya diselamatkan oleh Maritime Rescue Sub Center (MRSC) pada selasa.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, sehingga jam 5 petang tadi, 10 mangsa bot karam telah dijumpai.

Lapan masih hidup manakala dua penemuan mayat dan hanya tinggal seorang lagi mangsa masih gagal dikesan.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa tersebut bermula sekitar jam 8.40 pagi, empat mangsa yang hilang selamat dijumpai oleh bot nelayan di dalam kawasan sektor pencarian.

Dipercayai, mangsa ditolak oleh arus sehingga ke pesisir pantai.

Pada jam 10.30 pagi, satu mayat dijumpai oleh bot pemancing Himajaya. MT Capella yang membawa dua mangsa yang selamat semalam tiba di Terminal Senari, Kuching Sarawak pada jam 11.12 pagi tadi.

Pada jam 11.20 pagi, dua mangsa selamat dijumpai oleh bot pemancing Himajaya dan yang terakhir pada jam 12.30 tengah hari, satu mayat dijumpai oleh bot Pasukan Polis Marin.

“Mangsa-mangsa yang selamat adalah, Lingsan bin Spawi (kru), Anuar bin Spawi (kru), lewis Yung Koh Ing (pemancing), Chieng Hock Hung (pemancing), Wang Ting Ping (pemancing), Chong Fei Foo (pemancing) dan Lee Sie Soon (pemancing) manakala mangsa yang meninggal adalah Sabli bin Jun (tekong), Wong Siaw Tiang (pemancing) dan Mangsa yang masih gagal dijumpai adalah Wong Ikkong (pemancing),” katanya.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad menambah, semua mangsa adalah lelaki dan warga tempatan.

Kesemua mangsa yang telah dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut dan tindakan lanjut.

Mengulas lanjut, Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, antara aset yang terlibat dalam pencarian mangsa karam adalah adalah Pengwal 21 dan Pengawal 22 daripada Maritim Malaysia, PA 49 daripada PPM, PL 603 daripada JPLS dan CESSNA CARAVAN daripada PGU serta unit udara BOMBARDIER CL415 daripada Maritim Malaysia.

Sarawak Shell pula telah menyediakan platform untuk membantu aset yang melakukan pencarian di laut.

Katanya lagi, keluasan sektor pencarian pada hari pertama adalah 78.40 batu persegi dan keadaan cuaca di lokasi kejadian berombak dan ia dianggarkan 1.0 hingga 1.5 meter manakala angin bertiup dari Tenggara berkelajuan 20 hingga 30 kilometer per jam.

Sementara itu beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada agensi yang terlibat dalam pencarian 11 mangsa bot karam di perairan Mukah.

Turut hadir ke lokasi kejadian adalah Residen Bahagian Mukah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah Kueh Lei Poh, Penolong Pengarah Kanan Unit Carilamat & Bantuan Bencana Maritim Sarawak Nurrul Elmi Ali, Ketua Polis Daerah Matu-Daro DSP Neil Beginda, Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias dan beberapa agensi yang berkaitan.-EDISI UKAS

add comment