JUMAAT, 23 SEPTEMBER 2022
KUCHING: Sarawak mengharapkan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan pemberian dana yang lebih besar dalam pembentangan Belanjawan 2023 kelak.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, masih banyak lagi projek pembangunan yang perlu dilakukan di Sarawak terutama sekali projek infrastruktur, program-program berbentuk ekonomi, infrastruktur pendidikan, kesihatan dan banyak lagi.
“Kita mengharapkan bahawa kerajaan persekutuan akan memberi peruntukan yang lebih kepada kita untuk memperlengkapkan kemudahan-kemudahan kita,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Sumber Alam disini pada Jumaat.
Datuk Amar Awang Tengah menambah, Sarawak juga mahu mekanisma pelaksanaan sesuatu projek yang diberi peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk diperhalusi.
“Sekiranya kita diberi peruntukan untuk projek tertentu, kita mahu ia dilaksanakan dan ini memerlukan cara kita melaksanakanya, mekansima harus diperhalusi,”jelasnya lagi.-EDISI UKAS